❤ SHORT VACAY KE LANGKAWI 2017!!! ❤


Assalamualaikum! Wuhuuuuuu akhirnya dah selesai dengan selamat percutian ke Langkawi bersama dengan my luv 💕 Yeayyy!! Tepuk tangan sikit. Muahahahaha

Plan nak ke Langkawi sebenaqnya dah rancang dari awal taun tak silap aku. Soo dalam bulan 5 tu dah start survey macam2 dah pasai Langkawi. Aku ngan Azie yang rajin research. Kami dah rancang nak pi 5 orang.. Geng aku laa 5 orang tu.. Mimi aku Eman Azie Chua.. Masuk bulan 6 Eman terpaksa tarik diri sebab dia nak masuk last sem dah dia punya STPM.. Huhuhu.. sedih2 sebab tak cukup orang.. Then masuk bulan 7 iaitu bulan hat nak pi dah ni chua pula tarik diri pasai 25/7 dia dah nak bertolak ke Indon.. Sambung belajaq... Sedih lagiiiii... Huhuhuhu.. Maka tinggai la aku mimi ngan azie hat pi.. 3 orang ja.. Tapi takpa.. Tetap enjoy! Hahahahaha... Kejam tak aku? Kkkkkkk dah2...

Okey baik2.. Sepanjang di Langkawi tak sangka ramai puleks yang bertanya macam mana nak pi Langkawi pa semua and macam-macam la.. Malas lagi nak explain sebab dalam keadaan bercuti.. Ingat nanti dah balik kulim baru nak bagi tau.. Ingat kan sorang dua ja yang tanya pasai kami pi ni... Tak sangka berderet pakat tanya.. Hahahahaha.. Hampa biaq betui weh??? Adoiii.. Disebabkan ramai yang tanya maka aku akan update dalam blog cara kami ke Langkawi dari A sampai Z.. nak bagi tau sorang2 dalam wasap jenuh.. Soo untuk adik2 junior and hakak senior yang tanya tu meh la baca secara berjemaah.... Lets Go Bebeh! * Nak cakap siap2.. Entry aku ni panjang.. kehkehkehkeh*


DAY  1 - LANGKAWI

Kami bertolak ke Langkawi hari Jumaat bersamaan 21 Julai 2017.. Yayayaya.. Baru kelmarin dulu...Hari Jumaat tu pukui 7 mak azie dah mai amek aku dah.. Mimi tidoq rumah azie.. Soo lepas mak azie mai amek aku terus kami gerak ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam.. Nak dijadikan cerita,, kami sampai kat stesen ketapi pukui 7:34 pagii.. Aku cakap kat azie " Jomm lekaih ketapi pukui 7:37! " And cam besa la.. Azie pun " Whatssssss???? Aku tengok jadual pukul 7:57 kot!" Haaaaa sudahh.. Dari dalam keta lagi aku dah gitau mimi sempat ke tak ni nak sampai stesen.. Mimi dah terkejut time dalam keta lagi.. Bawak keluaq luggage dari keta terus kami 3 orang pecut masuk dalam bangunan.. Dan sampai ja depan lif ya Rabbi Ya Karimm.. LIF ROSAK! Dah la nak kena naik tingkat 2 ! Maka dengan luggage yang besaq macam nak pi duk sebulan tak mau balik2 dah tu kami heret luggage usung naik kat tangga.. Semput dia tak yah cakap.. Cakap pon tak paham keluaq bahasa apa.. Sampai atas terus pecut pi kaunter beli tiket... Yeah seminit lagi sebelum ketapi sampai.. Tiba2 hakak kaunter tu dengan gemalainya buat keja.. Aku dah tak senang duduk dah.. dapat ja tiket terus ke tangga nak turun kat platform.. tengok orang duk beratoq nak turun.. Aku pon ingat '' Ahhh lega orang tak turun lagi.." Mak azie tak naik lagi.. Nak say goodbye kat mak azie tapi tak nampak juga..Then orang ramai pon dah turun platform.. Duk ingat takdan dah jumpa mak azie.. Kami pun turun tangga dengan luggage gedebak tu.. Sampai ja kat bawah tengok semua orang nak pi KL! Waaaaaaaaaaaaaa!!!!! Train kami baru ja terlepas... Menangis tak berlagu weh!!

* Gambaq senget tak dan rotate..Kekekekeke*

Bila dah terlepas maka terpaksa laa naik tingkat atas balik tunggu next train pukui 8:37.. Train sejam sekali.. Nasib baik Azie booking tiket feri sejam lewat dari time kami sampai.. huhuhuhu

Then dah sejam tunggu akhirnya pukul 8:30 depa dah announce train ke padang besar akan tiba.. Sekali lagi kami turun ke bawah untuk tunggu train.. Dalam masa sejam tunggu train tu dan la sembang dengan mak azie dulu.. Ekekeekeke... Tepat jam 8:37 train pon sampai.. Yeahhh akhirnya ! Wuhuuuuuuu!!

* Dalam Train*

Time ni aku duk depan mimi... Azie tu ha nampak sipi2 jaa pakai shawl warna biru tu.. Sebelah mimi orang Nigeria kot.. Entah lah.. Aku pakai hentam ja,, Sebenaqnya time ni kami tiga orang tengah duk wasap.. haahahhaha.. Ya la.. Takkan nak sembang kuat2 kott.. Sampai kat stesen sungai petani orang nigeria sebelah mimi tu pun keluar.. Terus mimi suruh aku duk sebelah dia.. Aku pun ikut arahan je lah..kikikiki

*Dah sampai Arau!*

Kami naik train pukul 8:37 soo kami sampai kat Arau dalam pukui 10 lebih sikit macam tu laa... Sampai ja kat arau terus pick up teksi untuk ke jeti Kuala Perlis... Dalam teksi sembang2 dengan pak cik driver... perjalan dari stesen ketapi Arau ke jeti Kuala perlis ambik masa 20 minit ja... Tambang pula RM26.. Soo kami bahagi tiga laa..

* Jeti Kuala Perlis*

* Tiket Feri Azie booking online*

Masa sampai kat jeti tu terus ada orang layan kami.. Tanya macam dah ada hotel ka belum dah ada keta sewa ka belum.. Masa tu jam pukui 10:30.. soo ada masa setengah jam lagi sebelum feri berlepas.. Tiket feri pukul 11 pagi... Then abang yang duk layan kami tanya pasai pakej Island Hopping.. kalau ikut jadual yang kami rancang memang kami nak terus ke Island Hopping bila sampai sana.. Bincang punya bincang kami pun terbuka hati nak amek pakej dari syarikat abang tu..

 * Resit Island Hopping*

Kalau ikutkan nak amek pakej ni dekat Jeti kuah nanti.. Tapi takpalah amek la dekat sini siap2... Hahahahaha... Maka kami pon masuk laa dalam tempat menunggu tu.. Tak duduk kat kerusi .. terus kami berdiri depan pintu.. Ekekekekee... Feri yang kami nak naik dah ada dahh.. Pintu dah bukak muncui 2 orang lelaki cek tiket feri.. Azie tak potong tiket tu,, dia bagi sekeping A4 tu.. hAhahahahaha.. Jenuh mengekek aku gelakk...

Naik ja atas feri terus abam2 sambut kat pintu tu tanya no seat kami.. Dan paling aku tak sedaq seat kami no 1 2 3 !!! Hahahahhaa.. Tak sangka seat depan sekali wehhh... Wakakakakaka

*This is depan sekali*

Duk seat depan.. Depa tak buka tirai tu haaa.... Alaaaaaaaaa... Tak leh tengok laut... Seat dalam feri ni couple.. Soo Azie duk dengan mimi... Aku seat no 3.. sebelah aku kosong..Azie dengan mimi duk tanya sapa prince charming yang bakal duk sebelah aku.. Aku tak kesah pon sapa duduk.. Entah mak cik ka pak cik ka.. Ayaaa ka aneng ka uncle ka aunti kaa.. Biaq la sapa nak duduk pun..

* Seat kami..Nampak tak tiket feri besaq gedebak kat tangan azie? hahahahaha*

Tiba-tiba muncui sorang makhluk sebelah aku.. LELAKI... Dia tanya " no 4 ke ni?" Aku pun biasa laa.. Mulut aku terlebih ramah... " Ya Ya no 4.. dudukk la!" Dia pun angguk then duduk.. Azie ngan Mimi sebelah aku ni dah qenyih... Saja nak perangat aku bukak wasap antaq dalam group kami 3 orang tanya " Ok tak aku punya prince charming? Kahkahkahkahakha" Duk men wasap dalam group ja lah.. hahahaha..

Aku tak tau pon laki sebelah aku ni mai ngan makwe.. Azie bagi tau dalam wasap kata makwe dia dekat seat belakang terus aku toleh tepi.. Azie ka mimi ntah dia cakap makwe dia buat muka tak puas hati... Waduhhh.. Nak jadi drama novel ka apa ni?? Ingat aku hadap sangat nak duk sebelah pakwe dia.. Pirahhhhh.. Muka tu ada la hensem... Tapi sikit pon aku tak berkenan..Yang aku bengongnya kenapa makwe dia tak swap tempat dengan laki ni? Azie cakap laki sebelah aku ni tak mau duk sebelah mak cik tepi makwe dia.. Aihhhh gitu pulak.. Kenapa aku tak jadi mak cik ja hari tu? Dah la makwe mata hijau.. Haaaa nak kutuk dah la ni.. Astaghfirullah..

Ingatkan sepanjang perjalan feri tu nak sampai ke Kuah berjalan dengan aman.. ternyata semua tu dusta semata-mata.. Sepanjang laki tu duk sebelah aku ya rabbi anak sapa la ni... Punya la buaih nak mampoih orang kedah kata... Boleh pulak dia duk belaga-laga dengan aku.. Satgi lutut dia belaga lutut aku laa.. Lengan terkena lengan aku la.. Pastu dia lena sikit ja lagi nak jatuh tepi aku,, Cepat-cepat aku ubah kedudukan aku... Aku tak sandaq dah kat kusyen.. kalau dia jatuh biaq dia jatuh belakang aku...Aku buat isyarat mata kat azie ngan mimi suh tengok laki sebelah aku ni.. yayayaya.. Nampak la mata terbeliak dua orang gadis tuu.. Haishh... Lenguh gak la tak sandaq.. Elok dia terjaga terus aku sandaq balik.. Fuhhh.. Tiba-tiba dia menggeliat... Allahuakhbar... Dengan muka tak bersalah dia depa kaki dia masuk area aku... Ni memang nak kena fire ni.. Aku usya jaa dia.. dia pusing cakap dengan makwe dia kat belakang.. Aiiiiii sakit pulak hati kita.. Kaki tu nak aku kerat ka??????? Dah laa time naik feri ni tak best... Pening sikit pasai berombak.. Aku ngan mimi nak muntah dah.. Tapi takda la muntah.. Angin jaa pasai tak makan lagi.. Kiikikikiki.. Soo sebelum naik feri pastikan perut dah diisi keh?

Sampai kat jeti Kuah dalam pukui 12 lebih... naik feri dalam sejam jaa...

* Dah sampai kat jeti Kuah!*

* Aku amek gambaq depa azie amek gambaq aku.. Ahhh so suwittt sgt *

* K.. Bukti kata kami dah sampai.. Hahahahahaha*

* Kawasan Jeti Kuah*

Dah sampai Kuah terus contact dengan owner sewa keta.. Actually aku dah booking keta awal lagi.. tak silap aku dua minggu sebelum nak pi.. Hal keta aku yang setelkan.. Aku booking dengan syarikat dari Syamsibah.. Aku booking viva auto.. ya laa dah tiga orang yang pi.. Takkan nak booking avanza lak.. Lagi pon viva jimat minyak kan? Hahahaha.. Masa booking tu kena bayaq RM100 untuk deposit.. Nanti hari kita bagi balik keta dia akan pulangkan deposit RM100 kita tu if takda calar tak da kerosakan apa2 pada kereta...Sampai ja dekat sini terus owner tu tunjuk arah ke kaunter untuk amek keta..Kami pon jalan laa pi amek..

Lepas tu dah settle urusan nak amek keta, kena tunggu orang depa hantaq keta mai sat.. Duk laa tercongok kat situ.. Sebelah kaunter keta ni ada kaunter pakej percutian.. Depa offer tiket untuk cable car.. Sebelum ni ingat nak pi beli terus ja kat kaunter cable car.. Tapi yang ni depa buat promo.. Satu pakej ada SkyCab, SkyDome, SkyRex dan Muzium 3D dengan harga RM40 sahaja.. Kiranya satu tempat jatuh RM10 laa.. Jimat tuh! Okeyy.. Malas pikiaq kami pun amek.. Hakak tu cakap kalau kami tak pi pon takpa,, nanti bagi balik resit tu then depa akan bagi balik duit...Dah settle tiket cable car keta sewa pon sampai.. Orang laki mai hantar.. Dia cakap " Maaf kak keta viva kami ada problem. Kami ganti dengan Nissan Latio." Perghhh!! Walawehhh! Marbeless!! Ya Rabbi rezeki weh! Hahahaahahah... Azie dah sengih2 dah.. Mimi lagi laa.. Bangga sebab keta besaq and beg semua muat dekat belakang.. Kahkahkahkah



Azie jadi pilot... mimi jadi co-pilot.. Aku kat belakang?? Of kos laa BIG BOSS! Hahahahaahahahahha.. Bab peta-peta and tunjuk jalan mimi yang bacakan.. kalau aku memang failed dah...tu kan keja co-pilot.. Aku kat belakang lending jaa.. Hahahahahha

Disebabkan island hopping kami pukui 2:30.. Maka owner yang uruskan kami tu call suruh tunggu dekat ASENIA RESORT sebab nanti ada orang pickup naik van ke island hopping.. Wehhh...Mampos.. time tu dah pukul satu.. baru keluaq dari kuah.. Tak lunch lagi.. Haaaa sudah... bukak google map terus pi kat Asenia resort.. Jumpa kedai tepi jalan berhenti ja lah makan.. Isi minyak keta semua siap..terus jalannnnn

Makan masa dalam setengah jam jugak lah nak sampai dekat Asenia resort tu.. Masa dah nak sampai tu ada jumpa kedai nasi campur... Tapi kami tak berhenti sebab nak bagi jumpa dulu dekat mana Asenia resort then bila dah jumpa baru nak cari kedai makan... Pi depan sikit ja Ehhh dah sampai dekat Asenia Resort laa.. Hahahahahhaha.. Soo jam dah pukui 1:40 kami patah balik pi kedai makan nasi campur tadi...tak sampai seminit rasa kedai tu dari Asenia Resort... nama kedai makan tu MAMMY NASI CAMPUR ... Makan pun cepat-cepat sebab nak dekat pukul 2 dah.. Dannnnnn masakan kat kedai ni memang sedap!! Rekemen keh sapa yang lapaq macam kami takdan lunch ni.. Dah la perut tengah lapar.. Dapat makanan sedap macam ni wuhuuuuu memang puas hati..

Owner Island Hopping call lagi.. Dia cakap tunggu siap-siap tepi jalan.. Van nak mai dah.. dia bagi no van siap-siap.. masa tu kami dah siap makan.. dah gerak masuk keta nak ke Asenia dah... Soo sampai jaa dekat Asenia kami tunggu dekat tepi jalan.. Masa ni tunggu dalam keta.. Panas terik oooo.. Then owner call lagi cakap van nak maii dah.. Kami pon parking laa keta dalam kawasan Asenia tu.. jalan keluaq tunggu dekat tepi jalan..Hahaahha

* Kat pintu masuk Asenia Resort.*

Dah macam takda keja sangat dah kami kat luaq ni.. Duk kira van satu-satu hat lalu lalang.. Tengok no plate.. Akhirnya.... van kami sampai jugakkk.. Hahahaha.. abam driver turun dari van tanya kami pa semua.. Yeahh. memang kami orang yang tunggu van yang dimaksudkan tu.. hahahhaa.. Elok dia bukak ja pintu van tudddiaaaaa. ada 5 orang lelaki india dekat dalam tu.. Ayyyakkkk.. Terus tak jadi naik.. Abam tu tengok pelik dahh awat kami tak naik.. India dekat dalam tu takyah kata pa la... lagi laa bler tengok kami duk usya depa sorang2... Wkakakakakaka.. Then azie cakap dekat abam van tu " Boleh tak kitorang follow naik keta sendiri?" Then abam van tu cakap " Owhh boleh2 .. Nanti follow dekat belakang eh.." yeahhhh Alhamdulillah!. Selamat dunia aku hari tu.. hahahahaha


Kami pun follow abam van tu dari belakang.. And u know what.. Tak sampai sepuluh minit pon nak sampai island hopping tu.. hahahahhaa.. Dalam perjalan nak sampai aku dah nampak singboard chalet yang kami booking.. T STAR COTTAGE ! .. Wahhhhh! dekat area sini ja lah chalet kami?? hahahahaha .. Tak sangka... jalan depan sikit dalam 2 minit sampai island hopping.. biar betik dekat sangat ni? patot la masa aku search dalam google map sebelum pi dari chalet aku nak ke island hopping dalam 2 minit jaa.. pastu jalan kaki jaa ke Pantai Tengah dari chalet.. Hahahahahha.. Ke Pantai Cenang dalam 8 minit jaa.. Ya ampun... Tak sangka.. Hahahahha

*Tunggu bot sampai*

* Tengah tunggu bot ye kak? Hahahahhaa*

Masa duk tunggu bot orang tak ramai lagi.. Tiba-tiba muncui satu family india yang dalam van tadi.. Alahaiiii.. depa lagii.. Dah la muka jenis garang2.. takot hakak tau.. Dan depa akan naik bot sekali kami.. Yaaaaahhhhhhhh! Makk oii.. huhuhuhu.. Depa amek pakej island hopping sama dengan syarikat yang kami amek.. huhuhuhu.. Redhaaaa...

* Sticker island hopping*

Abam van tu bagi sticker ni dekat kami suruh lekat dekat tudung or baju.. Nanti senang depa nak cam kata kami ni bawah depa... Sebab banyak pelancong len yang amek lain2 syarikat.. Soo syarikat yang kami amek tu macam nama dalam sticker tu.. Abam tu kata nanti abam bot nak pickup depa just tengok sticker tu jaa.. 

Abam bot dah sampai.. Soo abam van tadi suruh kami naik dulu duduk dekat dengan abam bot sebab kami ja perempuan Malaysia.. pastu baru la tourist India tadi naik.. Ada sorang ja perempuan.. Tu pon bini salah sorang dari depa.. Kekekekekeke

* Atas bot*


Abam bot tu berenti dekat tengah2 laut.. dia tunjuk and terang dekat kami semua yang tu Bukit Dayang Bunting and bentuk dia macam perempuan mengandung pa semua...Kami tak pa lah Malaysia dah tau or senang cita senang paham abam bot tu explain.. Nak terang dekat tourist tu agak bler sikit.. hahahahaha.. Nasib baik ada 3 gadis malaysia ni tolong speaking sikit2.. And ternyata tourist fresh dari India tu ramah.. Baik pula tu... And kami tiga orang paling bising atas bot tu.. Tak.. sebenaqnya aku paling bising.. Abam bot tu mula2 malu taik ayam.. Tapi lepas mulut aku yang pakai lepas ni bercakap asyik gelak ja dia.. Macam2 mulut kami duk tanya abam bot tu.. tourist tu pula asyik kalih belakang ja tengok kami.. Wkaakkaakkaka.. Dasar mulut takda insuran!

Then abam bot tu bawak kami ke tasik dayang bunting.. Our 1st Island... syoq gila naik bot.. Laju wooooo.. Hahahahaha.. Masa nak turun bot tu aku tanya abam bot tu " Macam mana kalau stiker ni hilang? nak cam macam mana?" Abam bot tu jawab " Takpa ingat aih muka sorang2." K... takda harapan untuk kena tinggai.. Hahahahaha


Dah sampai Tasik Dayang Bunting! Wuuuuu... syoq gila.. nak kena jalan la pulak ke tasik tu.. ok takpa.. jom jalan eh..



Sepanjang laluan nak ke tasik memang banyak kera dekat kiri kanan jalan.. Soo jaga-jaga keh.. Jangan bawak plastik! Kalau tak nanti depa serang!!!!!!!!!! Time ni depa buat sombong laa pasai tak da plastik.. Lepas ni kalau nampak plastik depa punya muka tak tau malu maii serbu.. Boleh laa nak acah diva ka artis kaa kan.. direbuti kera2 langkawi..hmmmm

* Boleh senyum lagi keh even semput*


Sebelum sampai tasik kena redah hutan dulu.. Perghhhh.. 1st day dah kena tempuh semua ni.. Dah la tak warming up badan.. Memang semput wehh .. Ya Rabbi.. jauh gak aaa nak kena bejalan.. Tapi masa nak pi tak pa lagi.. letih sikit2 ja lahh... semput tu banyak..

Dan finally! Sampai gak dekat tasik dayang bunting.. Elok sampai jaa Tudddiaaaaaaaaaaaaa..... Penuh dengan mat saleh duk mandi.. Boleh kira dengan jari ja berapa warganegara Malaysia yang ada dekat situ.. Ya la.. bukan musim cuti kan.. memang sikit la warga Malaysia.. aku rasa time ni memang manusia dari semua negara ada.. Walawehh..

Ada abam kat situ offer kami naik itik.. Kayuh pusing atas tasik ni.. RM35.. Tak pa lah kami tak mau laa.. mandi pon kami tak mau.. sebab tak prepare apa.. Lagi pon tak mau mandi pon dekat situ.. Then jalan depan sikit adam abam lagi offer itik.. Kali ni dia bagi RM20 jaa sekai life jaket.. Pusing la nak pusing berapa lama pon.. Lama gak la mulut aku duk pot pet pot pet itu ini.. Akhirnya kami pon amek la itik.. Lagi pom abam bot tauk kami kat situ dalam masa sejam ja.. tourist india tadi duk mandi.. Okey whatever.. kami pon pi laa kat itik..

 Dalam itik.

Naik ja dalam itik tu.. Aku ngan mimi kayuh.. Azie duk tengah.. Oh yaa.. masa sampai ja kat tasik tu memang kaki kami tiga orang menggeletar sebab penat berjalan..perghhhh.. memang tak leh berdiri derr... Pastu azie dia tak nak kayuh itik sebab dia kata dia dah penat drive.. Ok up 2 u lahh baby.. aku ngan mimi lah kayut.. azie duk tengah..

Patut laa murah.. Rupanya itik manual! Kayuh laaaa itik tu.. Masa awai kayuh memang pelik sebab duk pusing dalam bulatan jaa.. tak pi mana pon.. Sampai ke tengah sikit dah start ketaq dah pasai tak leh patah balik.. jenuh kami 3 orang duk menjeritt... Waduhhhh.. Azie dah laa buat video... Ya ampun.. time tu duk syak itik tu tak berfungsi.. Huhuhuhuh.. memang tak tau nak buat apa.. Azie sampai macam nak teqiak dah pasai kami kayuh tak boleh sampai ke tepii.. Mimi dah semput yang amat.. Then tukaq dengan azie... Kayuh punya kayuhh akhirnya sampai jugak ke tepi.. masa duk terpusing tengah tasik tu tengok itik auto orang lain nek selamber jaa lalu tepi kami.. Muka itik tu pulak macam minta kena lempang.. Sombong gila lalu sebelah kami.. macam mengejek sebab kami tak jalan.. Eleh.. mentang2 auto.

Tak tau la sampai ke seberang ke tak suara kami jerit.. memang riuhh...bukan jerit seronok.. Jerit sebab kecut perut... Hahahahaha

Naik ja atas jeti tu terus kami komplen kata itik tu tak berfungsi... nasib baik pak cik tu layan ja kami.. kalau tak aku rasa kena tendang dalam tasik dah kami bertiga..

Pastu kami pun nak balik lah tunggu dekat jeti abam bot tauk kami tu.. Nak kena harungi hutan2 tu.. Allahh.. kena daki.. Yang ni memang kami banyak stop... Semput sangat2!! Sampai kena merangkak naikk derr.. kaki macam dah tak berfungsi dah! Time tu aku memang pelik gila.. macam mana kak aku yang sarat mengandung boleh redah hutan2 ni.. tu cita taun lepas... Tapi aku tetap heran.. Ya ampunnn...

Dah berjaya rentasi hutan! Wuhuuuuuuuuuu!!! Rasa nak melompat jaa.. tapi tak leh.. kaki tak berfungsi! Memang nak cari air sangat2... Ada la orang duk juai kat situ.. And harga 1 cup ayaq oren sunquick RM3 okeh.. Soo aku sarankan bawa air mineral sendiri,, Aku ngan mimi ja beli.. Azie dia nak share ja.. Nasib baik aku bawak sorok cup air aku dengan beg.. Azie free show cup  air kat tangan dia.. Tak pasal2 azie jadi diva.. diserangi kera2 mintak otograf.. Hahahahahahahahaa.. Takdan kera len mai lagi azie terus lempaq cup ayaq tuu kat tepi... memang berjemaah kera2 tu pi serbu cup ayaq yang azie lempaq.. Aku ngan mimi gelak mengekek kat belakang.. Hahahahahaa.. Azie ketaq kottt..

Tunggu abam bot maiii..Tak tau lah dah cukup sejam ka tak.. tunggu punya tunggu maii jugak abam bot.. cukup manusia atas bot tu terus jalan.. abam bot bawak pi Pulau Singa Besar pulak... sampai kat situ abam bot matikan enjin n dia lempaq kulit ayam dalam laut... Bagi helang makan laa.. Masa sampai tu sapa entah tanya.. Azie ka mimi ntah tanya abam bot tu " Kat mana ni?" Abam bot tu jawab " Kat pulau hantu." Aiseymennn.. tadi pendiam je abam bot ni.. Dah pandaii ramah yer.. ekekekeke

Macam besa.. Mulut aku terlebih ramah.. Aku tanya abam bot tu macam2.. " Ada berapa jenis helang dekat sini?" Abam bot tu jawab " Ada dua jenis dekat sini." Aku tanya lagi " Berapa taun nak bela helang dekat sini bagi sama besaq macam helang dekat dataran lang tu?" Then abam bot tu gelak dulu baru dia jawab " 20 taun kena bela baru besaq macam tu." ... Then fon aku berbunyi... Abang aku call tanya ada dekat mana.. enjin bot kan dimatikan.. soo dengaq sora aku saja laa... dah la aku cakap kelantan.. tourist semua kalih dekat aku,,. memang aku humban muka aku dekat azie,,

Dah settle dekat situ abam bot pon start enjin jalan.. Kali ni dia bawak ke pulau terakhir.. Pulau Beras Basah.. Sampai ja dekat situ ramainyaaaa manusia duk mandi... huhuhuh.. disebabkan kaki kami bertiga dah kematu... kami cakap dekat abam bot " Boleh tak kalau tak mau turun? letih ni.." Abam bot tu cakap " Kalau tak mau turun satgi kena mengorat la.." Ok.. tak tanya apa dah,, lebih baik turun... tunggu tourist india depan kami ni turun lama gila.. sementara duk tunggu depa sedia baju nak turun tu kami sembang dengan abam bot.. Abam bot tanya aku " Tadi cakap bahasa apa? kurang paham." Dengan bangganya aku jawab " Kelantan.. saya kelantan bang.." dia pon oooooo kan jelah.. dia cakap abang dia dulu duk dekat kelantan and dia pernah duk jugak kott..entah la nakk.. pastu dia tanya la kami tu ni tu ni.. Kami cakap kami ni mengajaq... Soo muka dia macam terkejut.. Wow,, Tak sangka ni percutian cikgu-cikgu eh.. Hahahahahah.. Yang aku tak leh blah.. sepanjang island hopping tu abam bot tak habis duk sakat aku dengan hero india dalam bot tu.. Ya rabbi... rasa nak tendang jaa biaq aku yang bawak bot.. dah la mulut aku ni jenis laser sikit... haishhh.. aku tak tau la berapa kali dah kena fire abam bot tu...






Okey dahh.. Panjang entry aku kali ni keh.. Ya laa aku cerita detail..hohohoho..

Kami duk jaa depan pantai ni ngadap bot tengah lending dekat depan.. Haishhh.. Lambat lagi ka abam bot ni nak maii amekk.. padahal abam bot tu duk lending dekat tengah laut tu jaa... Syoq gila tengok orang duk men jetski la parasailing laa banana boat laa.. Sokay no problem.. Lepas ni pi langkawi nak men menatang tu keh..

Akhirnya.. Tamat lah island hopping kami! Wuhuuuuuu... masa dah sampai dekat jeti tu abam bot ni baik hati offer nak beri pertolongan tunjuk jalan or apa2 dekat langkawi ni.. Wahahahahaha.. ni pasai mulut kami terlebih ramah la ni.. Hahahahaha.. Tapi kami mai langkawi ni tak pakai pemandu pelancong pon.. semua sendirian berhad.. hohohoho

Then kami pon naik laa keta untuk check in chalet.. dekat je kan.. 2 minit ja.. hahahahaha.. Soo sampai di chalet terus parking and bawak turun beg.. kat luaq nampak chalet tu kecik ja yang amat... tapi bila sampai dekat dalam ya rabbi punya lawa!!







Ni dekat dalam bilik! huyooooo... Gila lawa beb.. Sampai jamban dia pon lawa oooo.. okey lupa.. Dekat T STAR COTTAGE ni kami dapat DUA bilik untuk DUA malam hanya dengan harga RM152 SAHAJA! Waaaaaaaaaaaa...... gila bapak punya murah.. soo disebabkan dapat dua bilik, bilik sebelah kami letak baju n jadikan tempat mandi pa semua nak bersiap ka apa.. bilik ke dua kami buat tempat tidoq.. Hahahahaha... syoq gila! Naib baik azie dah ooking chalet ni awai2 sebelum pi.. Rezeki beb!

* Yang ni dekat luaq bilik.. Best!*

* Tempat reception dia*

* Laluan nak ke bilik*

Soo dah siap kemas mandi2 paa semua.. kami pon keluaq cari makan... Mula tu singgah pantai dulu sebab nak tengok sunset... Tapi takda rezeki.. kena tinggai dengan sunset.. masa ni pi dekat Pantai Tengah... Sunset takda kami tengok ja lah orang duk men parasailing...




Semua buat muka.. hahahahahhaa

Then lepas balik dari Pantai Tengah kami terus pusing dekat Cenang... nak cari makan.. isi perut...



Nak dijadikan cerita... ada laa dalam 6 kali kami pusing tempat ni.. Hahahahaha... dia pasai jalan one way jaa.. sebab tu pusing banyak kali.. Hahahahaha.. Lalu depan underwater world.. naseb bek tak kena cemuh... kehkehkehkeh

Akhirnya kami buat keputusan nak masuk makan dekat laman padi jaa... Ingat nak pi pagi esok sebab nampak la sikit padi kan.. malam2 tak nampak sangat.. sekali masuk tengok menu dia ya rabbi... sangat tak mampu bagi kami.. Hahahahaha... so kami keluaq begitu sajaa.. dan laa snap sekeping gambaq padi..


Last nya kami keluaq cari kedai makan dekat tepi jalan ja.. Jumpa kedai tom yam ni.. kecik ja kedai dia.. sebelah H & Z Homestay... Tak da cust pon dalam kedai tu.. Soo kami pon masuk... Order makanan pa semua siap.. still tak da pelanggan lain.. Makanan sampai kami pun makan laa.. Ya Rabbi... Sedappp giler... Memang kena dengan cita rasa kami bertiga.. tom yam dia pon sodapppppp... telur bistik dia pon marbeles! perghhh... nama kedai tu CHIK CORNER... Soo lepas ni boleh try pi makan situ keh...  masa kami nak balik baru ada cust len masuk..

Okay,, habis makan kami pon balik terus.. Letih dahh kaki berjalan.. Entry aku untuk 1st day ni pon dah berjela.. Rajin2 laa membaca yaa... Nanti Esok aku update untuk hari ke 2 pulak.. Mintak ampun siap2 kalau panjang jugakk.. Hahahahahahaa.. Oke bye!💗💗


KLIK BAWAH NI KEH!

↘↙↘↙↘↙

💗 DAY 2 - LANGKAWI 💗

💗 DAY 3 - LANGKAWI 💗






















No comments:

Post a Comment